Tuesday, December 6, 2011

Penyejukkan...

Masuk je bulan 12 ni tiba2 rasa sejuk mendadak. Menggigil2 aje dibuatnya. Cakap pun dah keluar asap kereta.  Hanya pada musim ini si danbo the elephant keluar dari stor hehe... Lain tempat di jepun ni lain sejuk dan tahap yukinya (yuki=snow). Sendai ni dikira sejuk jugaklah sebab bandar agak dekat dengan laut, belah utara tu takyah cakapla dah lebat yuki kat situ. Bergantung pada latitud longitud, eh nak jadi cikgu geografi la pulak...

Walaupun yuki belum menjengah kawasan sendai fuyu(winter) kali ini, tapi suhu dah negatif sekarang ni terutamanya waktu malam. Hari ni je baru naik sikit tak negatif huhu. Bila sampai rumah waktu malam adalah sangat mencabar. Masuk aje rumah cepat2 on danbo. Tunggu dah panas sikit barulah boleh tukar baju, masak dan sebagainya. Mesti ada yang tanya tak mandi ke? hehe... musim sejuk macam ni sehari sekali je (tabik spring bagi yang mandi 2-3 sehari), tak berpeluh langsung, bau perfume pun kekal seharian huhu, baju pun tak kotor. Tapi bila basuh baju lambat nak kering unless masuk drier (rumah patik tak ada wuwuwu), sidai je dalam rumah 2 hari macam tu keringlah (dengan bantuan cik danbo kite ni)...

IMG_0001
hari tu balik rumah on danbo, suhu 27 sebelah kiri suhu setting maknanya suhu yang dimahukan, sebelah kanan pula adalah suhu semasa pada waktu itu, bayangkan rumah kami malam tersebut 10 darjah celcius, huhu pengsan! kena tutup pintu bilik dan pintu nak ke dapur barulah cepat sikit 10 darjah tu naik jadi 27. Rasanya dulu takdelah sesejuk macam ni? adakah rumah sewa kami ni yang terlebih zat sejuk? huhu...

IMG_0002
danbo in full, mungkin ada yang dah tahu, bagi tak tahu inilah danbo=heater. Guna minyak tanah. Memang ada 3 bekas stok minyak tanah 18L kat rumah. Cepat aje habisnya sebab asyik buka danbo je memandangkan sekarang saya asyik stay up buat kerja, hehe. Ini belum yuki, kalau yuki sudah tentu lagi sejuk... macam manalah "fashion" yuki kat sendai tahun ni eh? Fashion kat sini bukan baju boots dan sebagainya, tapi tahap ketebalan yuki, saje je penulis gedik guna fashion. Kalau kat tempat Kak As di Yonezawa nun, saya dah sedia maklum tebal nak pengsan sebab kawasan dekat dengan bukit bukau.

p/s: Oklah, patik nak sambung kerja, kalau nak tahu yuki di sendai bolehlah baca entri di tabs snowy days tu...

26 comments:

Cik Sara said...

wahhhh..yuki....(^_____^)
kumpul duit nak g main yuki yang betul... dulu tu kat tmpt ski dapat fake yuki.. huhuhu...

sabar dubai said...

wahh kak hanis nnti turun laa tuh....syoknyeeee hai...kak hanis arituh pnh p dubai kan.....ade byk bnd nk tny laa ka hanis

Fatin Syahira Ramli said...

nak main salji jugak!
hoho padahal sejuk aircond kat malaysia ni pun berulang dah masuk toilet T___T Haha!

puteri yuki = puteri salji? haha! comel comel aummm ;)

Asrul "iLham" Sany said...

cam ohsem, leh pakai kot bulu tebal2

:D

Kazman / Sue said...

kami pun ada jugak kat rumah mesin macam ni tapi mesin tu menyejukkan tapi yg ni memanaskan pulak yee... heee3x jgn kata 10*C... 20*c pun dah gigil tahap beku aircond kat tpt kerja ni...

Tea said...

KL jugak yg panas...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

lia terjah umah ai smlm dia kata sejuk malam kat Oyama mcm sejuk tgh hr kt iwate....pitam dengar dia citer sejuk tue...x sanggup rasanyer...kat sini pow dah gigil tmbh kalo kat sana lagik la samuiiiiiii! CEPAT LA BULAN APRIL ngeeee

Chekgu Azrine said...

teringin nak rasa pengalaman main yuki.. jeles arr..

nashays said...

Hai che hana...org jeddah yg xde yuki pon waktu malam suhu cecah 18 degree tetap mandi sehari sekali...sejuk...

wida said...

wida mmg tak tahan dengan sejuk ni...
cepat je menggigil..ni musim hujan pon asyik duk bawah selimut jer. belum salji lagi tu..hiks

anumuchan said...

sejuknya dh kat sana kak hanis..cni tak bukak danbou lagi..huhu..sbb rumah ni xbrapa sejuk kot..tp toyu mmg dh prepare beli awal2..heee..suhu bilik mlm pn belum bawah 20 lagi.heee

Asmara said...

wowee hanis! sampai 27 setting! hihi.. akk dlm rumah paling tinggi letak 22, penjimatan toyu dimusim sejuk yg melampau. uhuhu..

Umie Naziera said...

sana sejuk,sini xmenentu pulak cuacanya..

Kotak Hati said...

bak danbo kat sy satu..!! skang musim ujan kat malaysia..mungkin leh guna..ekekekee...=p

Hanis MY said...

@Asmara
wuwuwu sejukkk... sebelum ni cik abam setting 24, pastu trus naik 27 haha...

Anum said...

wow bestnya
nak gak

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

wah2 bestnya...kat sini dok risau kalau2 banjir...

nur easy said...

kadang2 best juga sejuk2 cam tu kan.. ;)

LadyBird said...

syukur ada alat memanaskan badan..

kalau tak mesti menggigil menahan kesejukan..

kalau zaman dulu2 mereka ada tmpt unggun api dlm rumah kan?

lady tgk cite omputih zmn dulu2 ade camtu..

dwatyKNY said...

terasa kesejukannya samapai kat sini...

Rohani Hashim said...

hana,terigt ms hany kt boston heater dia beso mcm ekon biasa tuh, pastu terkial2 tak reti guna, dh la duduk sorg je 1bilik kan.last2 hany on je, default setting dia, tp sejuk tak kurang jugak, sbb hotel sea view kan, sudahnya pakai baju tebal2, selimut..ahaha syokkk je rasa tido...

Zaza said...

waaa, heater tu pon dlm bahasa jepon. waaaa

So Shy Lady (SSL) said...

eeee t.tahan... sjuk tu! d mn2 musim sjuk time nih. jg ksihatn ye hanis ;D

シャイマ said...

huiyooo 27 setting. memang weather malaysia betul nih hihi. umah sini selalu syaima suka 19. kalau hubby kena 21/22 la. syaima 22 pon dah rasa mcm nak demam haha. danbou tu mmg untuk size tatami rumah kak hanis ke

Soo Hae Daa said...

wahhh..igt danbo tu guna letrik...gn myk tanah upenye...heheheh...

sejuknye...kte lau econ setting 20 pon dh sjuk sgt dh...huhuh...tp tingin nk tgk yuki...hhohohh

Kamalia said...

wee..kami setting jadi 19-20 je.nnt klau tinggi,setong toyu tu maybe brtahan seminggu je kot.haha
ehem..xtau bila lg nak turun sana..nnt ai bgtau ye.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails